Wednesday, December 16, 2020

Assignment susah ke?

 hai gais kalini nak cerita pasal assignment pulak :')

macam yang aku cakap dkt post sblm ni assignment memang banyak gilaa!!

jadi get ready mental dan fizikal korang yerr especially kalau kelas online sebab kalau kelas online susah nak cari sumber rujukan sebab tkda perpustakaan dkt rumah huhuhuuhu and then nak bincang untuk group assignment pun agak rumit sebab tk semua free pada masa yang sama.

so far assignment yang aku dapat kena buat academic writing, research, powerpoint, excel, buat video and assignment yang paling mencabar kena interview orang >.<

tapi kebanyakan assignment yang aku buat so far ada la mengajar sedikit sebanyak cara nak pakai microsoft, cara2 nak interview orang lepastu cara2 nak buat artikel gitchuuu

Komunikasi sosial sem 1 belajar apa?

 so untuk semester 1 ni aku ada 8 subjek yang aku amik sebab nak penuhkan credit hours~~

ni list subjek yang aku belajar:

1. komunikasi manusia

2. komunikasi antara budaya

3. teori komunikasi

4. pengantar komunikasi massa

5. wacana akademik bahasa melayu

6. pengajian kenegaraan

7. Kompentensi teknologi maklumat dan komunikasi

8. Bola sepak

haaa tu la yang aku belajar buat masa sekarang ni untuk semester 2 3 dan seterusnya kena tunggu dulu la ya hihihhi

alang2 tu korang boleh tgk video ni kalau nak faham lagi pasal komunikasi sosial

https://www.youtube.com/watch?v=i5k1kIVwVIo 

Belajar Online sebagai pelajar sarjana muda UPSI

helllo semua bertemu lagi kita disini :D

nak cerita sikit la sedikit sebanyak pengalaman yang dapat semenjak belajar dekat UPSI walaupun masuk rayuan ke 2 huuhuhuhu 

Since covid ni semakin merebak dekat Malaysia kerajaan kata tak boleh buat kelas face to face jadi terpaksa la belajar secara online :') melepas la peluang aku untuk merasa kehidupan di UPSI huhuhu tapi harap2 semester 2 nanti aku boleh la merasa duduk dekat sana aminnn. aku tak tau la kalau ni perkara normal atau tak sebab aku dulu form 6 so aku tk berapa tau sangat kehidupan pelajar universiti :( kelas online ni mcm agak rumit sebab kita tk dpt nak berinteraksi secara bersemuka jadi agak susah la kalau nak bonding sebab aku lagi prefer bonding secara bersemuka daripada online ni. Kelas online pula mcm kelas biasa je cuma korang bangun2 je terus bukak laptop masuk kelas tak payah nak siap2 pakai baju cantik hehehhehee xD cuma yang aku perasan semenjak start belajar ni assignment banyaaak sangat sampai bertimbun.... jadi untuk yang nak sambung study tu pastikan mental kena kuat :D tapi kelas online ni pun fun juga sebab aku dpt lecturer yang baik-baik. semua lecturer yang aku jumpa semua akan tolong kau kalau kau tak faham subjek yang dia ajar which is a good thing sebab kadang2 aku ni slow learner sikit. So far ini je la pengalaman aku belajar kelas online semester 1 dekat sini ~~~

Tuesday, December 1, 2020

pengalaman interview

 Waktu interview tu lepas pkp jadi tkda online interview jadi kena pergi UPSI untuk buat interview. bila dah sampai tu dia punya nervous tu hanya tuhan yang tau :( so basically apa yang dijalankan waktu interview tu kena daftar nama lepastu kena tunggu kejap. lepastu akan di panggil untuk buat ujian bertulis. ujian bertulis tu tkda la susah mana sebab kena buat 1 perenggan pasal sesuatu isu. isu tu interviewer yang bagi so kita kena buat la pasal tu. bila dah habis ujian bertulis tu baru kita boleh masuk bilik interview. banyak jugak la soalan yang ditanya tapi aku tk ingat sangat. so antara yang aku ingat :

1. perkenalkan diri

2. achievement

3. ada follow latest issue ke tak? ceritakan

4. kenapa pilih course ni

5. major mass com apa yang korang prefer cth journalism, advertise etc

p/s: bagi lelaki kalau interview jangan lupa bawak tie nnt jadi macam aku terpaksa pinjam dari orang lain hahahahaha

oh ya kalau interview nanti pastikan pakaian formal tau lepastu lelaki rambut tkyh nak style sangat nanti tk diterima pula.

Most Viewed